Wednesday, March 11, 2020

SUKATAN PELAJARAN EKONOMI PENGGAL 2

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Aliran pusingan pendapatan negara
(a) menggariskan aktiviti dan pelaku ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi secara 
     keseluruhan
(b) menggariskan aliran wang dan aliran fizikal yang berlaku dalam ekonomi

1.2 Isu makroekonomi
(a) mengenal pasti isu makroekonomi dan menggariskan mengapa isu itu perlu ditangani
(b) mencadangkan secara ringkas langkah mengatasi isu tersebut.

1.3 Petunjuk makroekonomi
(a) menyenaraikan petunjuk makroekonomi
(b) menggunakan rumus untuk mengira petunjuk makroekonomi dan memberikan maknanya

BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2.1 Konsep pendapatan negara
(a) mentakrifkan pelbagai konsep keluaran negara dan pendapatan negara

2.2 Kaedah penghitungan pendapatan negara
(a) menggariskan tiga kaedah penghitungan pendapatan negara

(b) mengilustrasikan penghitungan pendapatan negara Malaysia
(c) mentafsir sumbangan pelbagai komponen perbelanjaan dan pelbagai sektor kepada pendapatan 
     negara
(d) menjelaskan masalah penghitungan pendapatan negara

2.3 Kegunaan data pendapatan negara
(a) menjelaskan kegunaan data pendapatan negara
(b) membincangkan kelemahan data pendapatan negara untuk mengukur taraf hidup dan 
     membandingkan taraf hidup antara masa dan antara negara

BAB 3 : KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL

3.1 Pendekatan perbelanjaan agregat pendapatan (AE-Y): harga tetap


3.1.1 Perbelanjaan agregat
(a) menggariskan komponen perbelanjaan agregat, bocoran, dan suntikan;
(b) menjelaskan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan, iaitu kecenderungan mengguna sut, 
     kecenderungan menabung sut, dan kesan cukai sekaligus;
(c) menjelaskan fungsi pelaburan dan kecekapan modal sut;
(d) menjelaskan fungsi perbelanjaan kerajaan

3.1.2 Keseimbangan ekonomi tiga sektor (cukai sekali gus)
(e) menjelaskan konsep keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan AE=Y dan 
     pendekatan suntikan-bocoran
(f) menjelaskan bagaimana keseimbangan ekonomi tiga sektor tercapai;
(g) menganalisis kesan perubahan perbelanjaan agregat melalui proses pengganda

3.1.3 Dasar fiskal
(h) mentakrifkan dasar fiskal dan menggariskan alat dasar fiskal;
(i) menjelaskan jurang keluaran negara kasar, lompang deflasi, dan lompang inflasi;
(j) menjelaskan bagaimana alat dasar fiskal digunakan untuk mengawal inflasi, mengatasi 
    pengangguran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dan mengurangkan kitaran perniagaan

3.1.4 Keseimbangan ekonomi terbuka
(k) menggariskan fungsi import dan eksport
(l) menjelaskan keseimbangan ekonomi terbuka
(m) menganalisis kesan perubahan eksport dan import terhadap keseimbangan pendapatan negara

3.2 Analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS): harga berubah
3.2.1 Permintaan agregat- penawaran agregat
(a) mentakrifkan keluk permintaan agregat (AD);
(b) menerbitkan keluk AD dan menjelaskan cirinya;
(c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi peralihan keluk AD;
(d) mentakrifkan keluk penawaran agregat (AS) dan menjelaskan cirinya;
(e) menghuraikan faktor yang mempengaruhi peralihan keluk AS

3.2.2 Keseimbangan permintaan agregat- penawaran agregat (AD-AS)
(f) menjelaskan bagaimana permintaan agregat dan penawaran agregat menentukan tingkat harga dan 
     pendapatan keseimbangan
(g) menganalisis perubahan keseimbangan pendapatan negara dan harga kesan peralihan keluk 
     permintaan agregat dan penawaran agregat

BAB 4 : WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN

4.1 Wang
(a) mentakrifkan wang;
(b) memerihalkan fungsi wang

4.2 Penawaran wang
4.2.1 Bank perdagangan dan penciptaan kredit
(a) memerihalkan komponen wang M1 dan M2;
(b) mengilustrasi dan menjelaskan proses penciptaan kredit dan wang;
(c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi penciptaan kredit

4.2.2. Teori kuantiti wang
(d) menghuraikan hubungan penawaran wang dengan tingkat harga umum

4.3 Permintaan wang
(a) menjelaskan tujuan permintaan wang

4.4 Keseimbangan pasaran wang dan aktiviti ekonomi
4.4.1 Penentuan kadar bunga
(a) menjelaskan proses penentuan kadar bunga


4.4.2 Perubahan kadar bunga dan aktiviti ekonomi
(b) menganalisis kesan perubahan penawaran dan permintaan wang terhadap kadar bunga;
(c) menganalisis kesan perubahan penawaran dan permintaan wang terhadap keseimbangan ekonomi 
     mengikut pendekatan AE-Y dan AD-AS

4.5 Bank pusat dan dasar kewangan
(a) menerangkan fungsi bank pusat
(b) mentakrifkan dasar kewangan dan menggariskan alat dasar kewangan
(c) membincangkan bagaimana alat dasar kewangan mempengaruhi penawaran wang dan kadar 
     bunga
(d) menganalisis dasar kewangan untuk mengurangkan kadar inflasi, pengangguran, dan 
     meningkatkan output


BAB 5: PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

5.1 Sebab wujud perdagangan antarabangsa
(a) mentakrifkan perdagangan antarabangsa
(b) menjelaskan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa
(c) menjelaskan faedah yang diperoleh daripada perdagangan antarabangsa

5.2 Faedah berbanding
(a) menjelaskan teori faedah berbanding
(b) mengilustrasi manfaat daripada perdagangan antarabangsa

5.3 Sekatan perdagangan antarabangsa
(a) menggariskan kesan negatif perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi sesebuah negara;
(b) menjelaskan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa;
(c) memerihalkan alat sekatan perdagangan antarabangsa;
(d) menganalisis kesan tarif

5.4 Kadar pertukaran asing
(a) mentakrifkan kadar pertukaran asing
(b) menghitung pertukaran mata wang asing
(c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran pertukaran asing

5.4.1 Penentuan kadar pertukaran asing
(d) menjelaskan penentuan kadar pertukaran asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah
(e) menghuraikan faktor yang mempengaruhi perubahan kadar pertukaran asing
(f) menjelaskan penentuan kadar pertukaran asing dalam sistem kadar pertukaran tetap
(g) menjelaskan konsep devaluasi dan kesannya terhadap eksport dan import.


5.5 Imbangan pembayaran
(a) mentakrifkan imbangan pembayaran;
(b) memerihalkan butiran imbangan pembayaran Malaysia
(c) mengilustrasi penghitungan imbangan pembayaran
(d) menjelaskan maksud imbangan pembayaran defisit dan lebihan
(e) menjelaskan cara mengatasi imbangan pembayaran defisit


No comments:

Post a Comment

NOTA BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara a) Pelaku dalam aktiviti ekonomi Sektor isi rumah : • Menawarkan faktor pengeluaran kepada firma...