Wednesday, March 11, 2020

NOTA BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara

a) Pelaku dalam aktiviti ekonomi

Sektor isi rumah :
Menawarkan faktor pengeluaran kepada firma.
Membeli barang dan perkhidmatan daripada firma.
Membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
Mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara.

Sektor firma :
Membeli faktor pengeluaran daripada isi rumah.
Melakukan pelaburan swasta.
Membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan.
•      Mengeksport barang dan perkhidmatan dan mengimport barang modal dan bahan mentah.

Sektor kerajaan :
Menjalan dan mengawal aktiviti ekonomi.
Melakukan pelaburan awam.
Memugut cukai daripada isi rumah dan firma.
Mengimport kelengkapan pertananan awam.

Sektor luar negeri :
Melakukan aktiviti eksport import.
Antara sektor luar negeri dengan isi rumah, firma dan kerajaan.


b) Aliran Pusingan Pendapatan Negara

Ekonomi dua sektor (Ekonomi tertutup tanpa campurtangan kerajaan)
• Terdiri daripada isi rumah dan firma.

Ekonomi tiga sektor (Ekonomi tertutup dengan campurtangan kerajaan)
• Terdiri daripada isi rumah, firma dan kerajaan.

Ekonomi empat sektor (Ekonomi terbuka)
• Terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negeri.


Aliran Pusingan Pendapatan
Ekonomi dua sektor:
Penggunaan isi rumah (C) iaitu perbelanjaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan.
Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas barang modal.

Ekonomi tiga sektor :
Penggunaan isi rumah (C) iaitu perbelanjaan isi rumah ke atas barang dan perkliidmatan.
•       Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas barang modal.
Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu membayar gaji kakitangan awam (perbelanjaan mengurus)
        dan melakukan pelaburan awam (perbelanjaan pembangunan).

Ekonomi empat sektor :
Penggunaan isi rumah (C) iaitii perbelanjaan isi nimah ke atas barang dan perkhidmatan.
Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas barang modal.
Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu membayar gaji kakitangan awam (perbelanjaan mengurus)
        dan melakukan pelaburan awam (perbelanjaan pembangunan).
Perbelanjaan sektor luar negeri iaitu melakukan aktiviti eksport dan import antara sektor luar
        negeri dengan isi rumah, firma dan kerajaan.


Matlamat Makroekonomi

1. Guna Tenaga Penuh
Pengangguran berada pada kadar 3% - 4% (pengangguran geseran).
Meningkatkan taraf hidup.
Mengelakkan pembaziran sumber.
Meningkatkan pendapatan negara
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

2. Memperbaiki Imbangan Pembayaran
Mengukuhkan nilai RM di pasaran pertukaran asing.
Meningkatkan rizab mata wang asing.
Menggalakkan pelaburan asing dan pelaburan portfolio ke dalam negeri.
Menstabilkan harga dalam negeri.

3. Mencapai Kestabilan Tingkat Harga
Mengekalkan kestabilan kuasa beli dan taraf hidup.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan AE.
Menggalakkan tabungan kerana pulangan benar yang stabil.
Menggalakkan pelaburan kerana kos pelaburan yang stabil.
Meningkatkan eksport dan mengurangkan import.

4. Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Yang Tinggi
Meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan per kapita yang tinggi.
Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
Meningkatkan pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik.
Mengatasi masalah kemiskinan.

1.2 Isu Makroekonomi:

1. Pengangguran
Berlaku pembaziran sumber - pendapatan negara berkurang / tidak mencapai guna tenaga
        penuh, kemahirariburuh hilang.
Mengurangkan taraf hidup kerana pendapatan per kapita berkurang.
Kadar kemiskinan meningkat.
Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara berkurang.

2. Inflasi
Kos hidup meningkat keranajumlah perbelanjaan meningkat.
Taraf hidup jatuh.
Kuasa beli jatuh kerana nilai wang jatuh.
Pertumbuhan ekonomi terjejas.

3. Pertumbuhan ekonomi
        Jika berlaku pertumbuhan ekonomi menurun dan negatif maka
Berlaku kemerosotan ekonomi dan kemelesetan ekonomi.
Pelaburan langsung asing dan domestik berkurang.
•       Mengurangkan peluang pekerjaan kerana aktiviti ekonomi berkurang.
Kuasa beli berkurang kerana pendapatan per kapita menurun.
Taraf hidup dan kebajikan masyarakat merosot.

4. Imbangan pembayaran
        Jika berlaku imbangan pembayaran kurangan maka
Rizab mata wang asing merosot.
Nilai mata wang negara (RM) merosot.
Pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio berkurang.
Kegiatan ekonomi terjejas.


(a) Dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi

Langkah Untuk Mengatasi Inflasi.
1. Dasar fiskal menguncup
Kerajaan mengurangkan G, AE turun, Y turun atau Y tetap jika berlaku guna tenaga penuh,
        AD turun dan harga turun.

Atau

Kerajaan meningkatkan T, Yd turun, C turun, AE turun, Y turun, AD turun dan harga turun.

Atau

Kerajaan mengurangkan G dan meningkatkan T, AE turun, Y turun, AD turun dan harga
        turun.

2. Dasar kewangan menguncup
Bank pusat akan mengurangkan jumlah penawaran wang, kadar bunga meningkat, pelaburan
        turun, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun.

Atau

Menaikkan kadar bunga, kos meminjam meningkat, pinjaman berkurangan, AE turun, AD
        turun, Y turun dan harga turun.

3. Dasar kawalan langsung

Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran,
        harga terkawal, inflasi dapat dikawal.

4. Dasar sebelah penawaran
Menurunkan cukai pendapatan syarikat, keuntungan selepas cukai bertambah, pengeluaran
        meningkat, penawaran agregat bertambah dan harga turun.

Langkah Untuk Mengatasi Pengangguran

1. Melaksanakan dasar fiskal mengembang
Kerajaan akan menurunkan T atau menambahkan G. Maka AE dan AD meningkat dan "S
        meningkat. Guna tenaga meningkat.

2. Melaksanakan dasar kewangan mengembang
Bank pusat akan menambahkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga. Maka AE
        dan AD meningkat dan Y meningkat. Guna tenaga meningkat.

3. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian
Menambah bilangan institusi kemahiran dan menambah bilangan pelajar untuk keperluan
        bidang tertentu seperti sains dan teknologi.
Kebolehpasaran buruh meningkat.


Langkah Untuk Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi

1. Membangunkan kemudahan infrastruktur
Kerajaan membangun dan memajukan pelbagai kemudahan infrastruktur.
Contoh, jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang menyeluruh. Lapangan
        terbang, pelabuhan yang memudahkan urusan keluar masuk negara dan perdagangan
        antarabangsa.
Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan.

2. Meningkatkan taraf pendidikan
Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi.
Penubuhan pelbagai kolej, universiti dan pusat-pusat kemahiran. Ini untuk melahirkan
        tenaga kerja profesional dan buinh mahir yang sangat penting untuk meningkatkan
        produktiviti.

3. Menggalakkan pelaburan langsung asing
Pelaburan langsung asing sangat penting untuk membangunkan sektor-sektor penting
        seperti perkilangan, industri minyak dan gas. Ini menyumbang kepada penubuhan industri
       dan produk baru dan perkembangan teknologi baru. Contoh galakan seperti taraf perintis
       dan elaun pelaburan.


Langkah Untuk Memperbaiki Imbangan Pembayaran Defisit
1. Menggalakkan eksport
contoh - kerajaan beri subsidi eksport dan taraf perintis.

2. Mengawal import
contoh - kerajaan mengenakan tarif dan kuota.

3. Kawalan pertukaran asing
kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan import.


1.3 Petunjuk Makroekonomi

1. Kadar Pengangguran
Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang tidak memperoleh pekerjaan.

                        Kadar Pengangguran   =   Tenaga buruh - Guna Tenaga   X   100
                                                                                              Tenaga Buruh

Kadar pengangguran meningkat menunjukkan semakin ramai tenaga buruh yang tiada
        pekerjaan.

                       

2. Kadar Inflasi
Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan tingkat harga umum suatu tahun berbanding
dengan tingkat harga umum tahun sebelumnya.


                         Kadar Inflasi   =   IHPt1   -   IHPt0   X   100
                                                                             IHPt0

Kadar inflasi yang meningkat menunjukkan nilai wang merosot.


3. Kadar Pertumbuhan Ekonomi
Kadar pertumbuhan ekonomi ialah peratus perubahan KDNK benar suatu tahun
        berbanding dengan tahun sebelumnya.

               Kadar Pertumbuhan Ekonomi   =   KDNK benar t1   -   KDNK benar t0   X   100
                                                                                                         KDNK benar t0

Kadar pertumbuhan ekonomi meningkat menunjukkan berlakunya perkembangan
        ekonomi.


4. Keluaran Negara Kasar
Nilai barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sebuah negara dalam tempoh
        setahun oleh faktor pengeluaran milik negara tersebut yang berada di dalam negara dan di
        luar negara.
Jika PFbLN positif maka KNK akan bertambah.
Jika PFbLN negatif maka KNK akan berkurang.


5. Kitaran Perniagaan
Keadaan ekonomi yang mengalami keadaan melambung dan meleset dalam jangka masa
        tertentu.
Jika KNK sebenar melebihi KNK potensi maka ekonomi mengalami inflasi.
Jika KNK sebenar kurang dari KNK potensi maka ekonomi mengalami deflasi.
Jika KNK sebenar sama dengan KNK potensi maka ekonomi mencapai guna tenaga
        penuh.


6. Akaun Dagangan
Perbezaan antara nilai ekport barang dengan nilai import barang.
Jika nilai eksport barang lebih tinggi dari nilai import barang maka akan berlaku
        imbangan dagangan lebihan.
Jika nilai eksport barang lebih rendah dari nilai import barang maka akan berlaku
        imbangan dagangan kurangan.
Jika nilai eksport barang sama nilai import barang maka akan berlaku imbangan dagangan
        seimbang.

No comments:

Post a Comment

NOTA BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara a) Pelaku dalam aktiviti ekonomi Sektor isi rumah : • Menawarkan faktor pengeluaran kepada firma...